Tuesday, September 22, 2009

Salam Idul Fitri

Salam Kemenangan buat semua umat Islam Malaysia.
jam sekarang menunjukkan lagi lima minit pukul sebelas.
aku menunggu detik-detik indah pabila aku akan bergelar seorang bapa.
Isteri kesayanganku, Norelina sedang ditempatkan di dalam wad Kenangan 2c, katil 25. kadang-kadang dia akan sms aku menyatakan yang dia kesakitan..kesian dia...indahnya menunggu saat untuk menjadi bapa, dan peritnya menunggu melahirkan anak bagi isteriku. kesian aku melihat wajah isteriku yang menanggung kesakitan yang amat sangat, namun di dalam riak wajahnya, dapat aku lihat bahawa beliau akan menjadi seorang ibu yang mithali kepada anakku..wajah bersih suci...aku sering berpesan kepada isteriku bahawa, selepas melahirkan anak, segala dosa silamnya akan hilang bersama kelahiran yang keluar...alangkah indahnya menjadi seorang ibu..

kawan-kawan sekalian, jika anda membaca di dalam blog ni, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan bayi dan isteriku yang tercinta. aku tahu, semua orang pasti menantikan bayi yang akan dilahirkan nanti. terutamanya kawan-kawan rapatya..

Ya Allah, Sesungguhnya engkaulah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu..sesunggunya aku menadah tangan dan berdoa kepadaMu, Engkau permudahkanlah apa-apa yang sukar kepada isteriku, sesungguhnya, kami membina ikatan rumah tangga adalah untuk beribadah kepada mu Ya Alla.
Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana engkau telah menganugerahkan aku seorang Permaisuri hati yang ikhlas dan jujur di dalam perhubungan, dan taat kepada perintahku dan perintahMu Ya Allah...

Ya Allah, bantula kami sekeluarga di dalam menempuh ujian-ujian daripadaMu supaya kami sekeluarga terhindar daripada Azab api nerakaMu YA Allah....

0 comments: